Tuesday 17 April 2012

pengenalan sorotan tesis

Banjir merupakan satu fenomena yang sudah tidak asing lagi dengan masyarakat sekarang. Hal ini demikian kerana, fenomena banjir sentiasa berlaku di mana-mana tempat di dunia ini terutama sekali di Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, johor, kula lumpur, sabah dan lain-lain lagi. Fenomena banjir ini kerap berlaku di Malaysia apabila tiba musim monsun timur laut dan tempat-tempat yang kerap berlaku banjir ekoran daripada kejadian peralihan angina monsoon ini ialah di pantai timur semenanjung termasuk sabah. Apabila tiba peralihan monsoon ini, negeri- negeri di pantai timur Malaysia sering kali dilanda fenomena banjir teruk. Hal ini amat merunsingkan semua pihak kerana apabila terjadinya kejadian banjir, ia akan mendatangkan banyak musibah kepada manusia seperti kerosakan harta benda, kehilangan nyawa, kehilangan tempat tinggal, jangkitan penyakit dan sebagainya. Banyak faktor yang telah dikaitkan dengan fenomena banjir ini seperti faktor perubahan iklim, hujan yang turun melebihi kapasiti tanggungan tanah di bumi, faktor manusia dan macam- macam lagi.
          Banjir sama ada banjir besar atau banjir kilat secara umumnya dapat didefinisikan sebagai kuantiti air lebihan yang tidak dikehendaki. Dari segi terminologi teknikal,  banjir merupakan sumbangan hujan luar biasa yang tidak dapat ditampung oleh lembangan sungai dan air itu melimpahi tebiing atau daratan banjir(Ikhwan, 2000). Kejadian banjir kilat yang berlaku boleh mendatangkan bahaya sekiranya berlaku di kawasan yang padat dengan penduduk. Ini kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan nyawa serta kemusnahan harta benda. Sebagai contoh, kejadian banjir yang berlaku pada 3.3.2009, hujan lebat yang turun selama 3 jam menyebabkan paras air sungai terutama di Sungai Gombak dan Sungai Batu naik dan melimpahi tebing. Bacaan hujan yang dicatat pada hari tersebut adalah sebanyak 76 mm.
Dianggarkan lebih 300 buah kenderaan telah ditenggelami air serta beberapa baris kedai dan hospital turut mengalami nasib yang sama. Kejadian banjir yang berlaku memberikan kesan yang dahsyat dan dianggap sebagai satu bencana alam sehingga kerugian yang dicatatkan mencapai jutaan ringgit.kejadian banjir ini telah merugikan semua pihak termasuk kerajaan yang terpaksa menapung kos pembaikpulih kemudahan yang rosak, penduduk yang terpaksa menampung kerosakan harta benda dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment