Tuesday, 17 April 2012

ABSTRAK TESIS

ABSTRAK
PENGARUH HUJAN TERHADAP FENOMENA BANJIR DI KOTA MARUDU
Pekan Kota Marudu  merupakan  sebuah  daerah dimana berada di tengah-tengah antara  Kudat dan Kota Belud. Kota Marudu merupakan sebuah daerah yang dilengkapi dengan jabatan kerajaan seperti jabatan air,jabatan kerja raya,balai polis, dan sebagainya dan sedang membangun dengan pesat. Ekoran daripada itu, Kota Marudu berkembang dengan pesat sehingga menjadi Sebuah daerah  pada hari ini. Perkembangan pesat Kota Marudu  mengakibatkan daerah ini  kehilangan kawasan hijau, mengurangkan kawasan tadahan banjir serta mengakibatkan sungai menjadi sempit. Terlalu banyak kawasan yang telah diturap mengakibatkan peningkatan air larian hujan serta mengurangkan kadar penyusupan air hujan ke dalam tanah. Ini mengakibatkan peningkatan kejadian banjir terutama banjir kilat. Pada 14 mac 2011, hujan lebat beserta keadaan sungai dan longkang yang tersumbat  di pekan kota marudu  telah melimpahi tebing dan mengakibatkan banjir kilat di kawasan berhampiran terutama di pekan dan kampong di daerah tersebut. Beberapa langkah tebatan banjir telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan namun banjir kilat masih lagi berlaku. Ada di antara langkah pencegahan telah lama dilaksanakan namun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu yang diakibatkan oleh Perubahan Cuaca (Climate Change), perubahan terhadap rekabentuk serta lokasi projek tebatan banjir perlu diambilkira.

ABSTRACT
THE PHENOMENON OF RAIN IN THE CITY OF FLOOD MARUDU
Kota Marudu town is a district where located in the heart of Kudat and Kota Belud. Kota Marudu is an area which is equipped with government departments such as water department, public works departments, police stations, and others  and is growing significantly. Consequently, the City Marudu grown rapidly to become a district on this day. The rapid development of this region resulted in Kota Marudu loss of green areas, reducing the catchment area of ​​river flooding and resulted in a narrow. Too many areas have been paved, resulting in increased rainfall runoff and reduce infiltration of rainwater into the ground. This resulted in increased incidents of flooding, especially flash floods. On March 14, 2011, heavy rain along the rivers and clogged drains in the town was overflowing the banks of the city Marudu and result in flash floods in the nearby area, especially in towns and villages in the area.  Several flood mitigation measures have been implemented by the Government but flash floods still occur. Some preventive measures had been implemented but with uncertain weather conditions caused by Climate Change, changes to the design and location of flood mitigation projects to be considered. 

pengenalan sorotan tesis

Banjir merupakan satu fenomena yang sudah tidak asing lagi dengan masyarakat sekarang. Hal ini demikian kerana, fenomena banjir sentiasa berlaku di mana-mana tempat di dunia ini terutama sekali di Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, johor, kula lumpur, sabah dan lain-lain lagi. Fenomena banjir ini kerap berlaku di Malaysia apabila tiba musim monsun timur laut dan tempat-tempat yang kerap berlaku banjir ekoran daripada kejadian peralihan angina monsoon ini ialah di pantai timur semenanjung termasuk sabah. Apabila tiba peralihan monsoon ini, negeri- negeri di pantai timur Malaysia sering kali dilanda fenomena banjir teruk. Hal ini amat merunsingkan semua pihak kerana apabila terjadinya kejadian banjir, ia akan mendatangkan banyak musibah kepada manusia seperti kerosakan harta benda, kehilangan nyawa, kehilangan tempat tinggal, jangkitan penyakit dan sebagainya. Banyak faktor yang telah dikaitkan dengan fenomena banjir ini seperti faktor perubahan iklim, hujan yang turun melebihi kapasiti tanggungan tanah di bumi, faktor manusia dan macam- macam lagi.
          Banjir sama ada banjir besar atau banjir kilat secara umumnya dapat didefinisikan sebagai kuantiti air lebihan yang tidak dikehendaki. Dari segi terminologi teknikal,  banjir merupakan sumbangan hujan luar biasa yang tidak dapat ditampung oleh lembangan sungai dan air itu melimpahi tebiing atau daratan banjir(Ikhwan, 2000). Kejadian banjir kilat yang berlaku boleh mendatangkan bahaya sekiranya berlaku di kawasan yang padat dengan penduduk. Ini kerana ia boleh mengakibatkan kehilangan nyawa serta kemusnahan harta benda. Sebagai contoh, kejadian banjir yang berlaku pada 3.3.2009, hujan lebat yang turun selama 3 jam menyebabkan paras air sungai terutama di Sungai Gombak dan Sungai Batu naik dan melimpahi tebing. Bacaan hujan yang dicatat pada hari tersebut adalah sebanyak 76 mm.
Dianggarkan lebih 300 buah kenderaan telah ditenggelami air serta beberapa baris kedai dan hospital turut mengalami nasib yang sama. Kejadian banjir yang berlaku memberikan kesan yang dahsyat dan dianggap sebagai satu bencana alam sehingga kerugian yang dicatatkan mencapai jutaan ringgit.kejadian banjir ini telah merugikan semua pihak termasuk kerajaan yang terpaksa menapung kos pembaikpulih kemudahan yang rosak, penduduk yang terpaksa menampung kerosakan harta benda dan sebagainya.

Monday, 26 March 2012

MY TEAM

                                                                 UMS VS MMU

UMS FOOTBALL TEAM 2012

Memulakan blog..

hari ini blog aku diperkenalkan.. hampir separuh mati untuk mencipta 1 blog bg orang yang buta it mcm aku ni...aduiiiiii...diharapkan segala kerja2 yang akan dijalankan dalam blog ini akan berjalan dengan lancar//PEACE

Friday, 16 March 2012

SOROTAN TESIS

Banjir merupakan satu fenomena yang sudah tidak asing lagi dengan masyarakat sekarang. Hal ini demikian kerana, fenomena banjir sentiasa berlaku di mana-mana tempat di dunia ini terutama sekali di Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, johor, kula lumpur, sabah dan lain-lain lagi. Fenomena banjir ini kerap berlaku di Malaysia apabila tiba musim monsun timur laut dan tempat-tempat yang kerap berlaku banjir ekoran daripada kejadian peralihan angin monsoon ini ialah di pantai timur semenanjung termasuk sabah. Apabila tiba peralihan monsoon ini, negeri- negeri di pantai timur Malaysia sering kali dilanda fenomena banjir teruk. Hal ini amat merunsingkan semua pihak kerana apabila terjadinya kejadian banjir, ia akan mendatangkan banyak musibah kepada manusia seperti kerosakan harta benda, kehilangan nyawa, kehilangan tempat tinggal, jangkitan penyakit dan sebagainya. Banyak faktor yang telah dikaitkan dengan fenomena banjir ini seperti faktor perubahan iklim, hujan yang turun melebihi kapasiti tanggungan tanah di bumi, faktor manusia dan macam- macam lagi.